Kerjasama FBKT dan SMK Alor Pasir, Tanah Merah untuk Projek Inovasi

Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi (FBKT) telah mengambil pendekatan yang mesra dan lestari dalam menjalin hubungan dengan kelompok komuniti Kelantan. Antara projek hubungan dengan komuniti setempat adalah projek sumbangan penasihatan berbentuk ilmiah dengan sekolah-sekolah sekitar. SMK Alor Pasir Tanah Merah telah berjaya membangunkan dua produk iaitu; pertama ialah biopot berasaskan sisa buangan dan kedua ialah produk hiliran berasaskan madu kelulut. Produk ini adalah projek kerjasama antara pelajar, guru pembimbing sekolah SMK Alor pasir (Puan Khairinawati, Puan Azhaney & En Sabri, pensyarah FBKT, UMK (Dr Nurhakimin & Dr Azfi) serta Persatuan STEM Kebangsaan Malaysia. Produk ini telah berjaya merangkul anugerah pingat emas dan pingat perak di peringkat antarabangsa.

Dr Azfi Zaidi bin Mohammad Sofi